Friday 18 November 2011

Bawa Hatimu Kepada Tuhan

Suburkan Iman carilah kemuliaan
Lapangkan dada hentikan ratapan
BAWA HATIMU KEPADA TUHAN
Mengharap hadir jiwa kehambaan
            
            Beratnya Dosa menghimpit jiwa
            Jiwa terseksa inginkan penawarnya
            Hapuskan dosa sucikan amalan
            BAWA HATIMU KEPADA TUHAN

Miliki hati orang beriman
Bersulam Takwa kekal berzaman
BAWA HATIMU KEPADA TUHAN
Kembara cinta tanpa sempadan
Cinta Ilahi itulah buruan
           
            Carilah kemanisan dalam perjuangan
            Perjuangan mengejar cinta dari Tuhan
            Mehnah mendatang itulah ujian
            Jangan tersungkur walau terbeban
            BAWA HATIMU KEPADA TUHAN
            Di sana menanti Syurga idaman
 
                                                     Bawa hatimu kepada Tuhan ( Amaluddin Mohd Napiah)

Sunday 30 October 2011

HAKIKAT ALAM JIN DAN RAWATAN BERKAITANNYA BERDASARKAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH (PART 2)

LARANGAN BERUBAT DENGAN YANG HARAM

ž  عن ابن مسعود:ان الله لم يجعل شفائكم فيما حرم عليكم.
Daripada Ibn Mas’ud:Sesungguhnya Allah tidak menjadikan kesembuhan kamu pada apa
yang Dia haramkan ke atas kamu.(al-Bukhari)

ž  ان الله أنزل الدواء. وجعل لكل داء دواء.فتداووا ولا تداووا بالحرام.
Sesungguhnya  Allah menurunkan penyakit dan menjadikan bagi setiap penyakit itu ubat, kerana itu,hendaklah kamu berubat dan janganlah berubat dengan yang haram.(Abu Daud)


KAEDAH-KAEDAH RAWATAN YANG DIHARUSKAN
A)      JAMPI YANG DIBENARKAN
  Al-quran
  Doa2 ma’thur daripada Rasulullah S.A.W
  Dalam bhasa arab
  Difahami makna
  Tidak bercampur dengan syirik
  لا بأس بالرقي مالم تكن شركا

B) BERDOA DENGAN NAMA ALLAH
  ولله الأسماء الحسنى فادعوه بها    
  (الأعراف:(180
         
 C) MENGAJAK KEPADA KEBAIKAN DAN MENCEGAH KEMUNGKARAN
·         Syeikh Ibn Taimiyyah:sesungguhnya jin apabila menzalimi seorang manusia,khabarkan kepada mereka dengan hukum Allah dan Rasulullah,berhujjahlah dengan mereka,suruhlah mereka dengan kebaikan dan jauhi kemungkaran.
  
D)MEMUKUL
·         Al-Tibb al-Nabawi:Iibn Taimiyah:Aku menyaksikan guruku bertemu dengan orang yang diserang sihir, dan bercakap dengan jin yang berada di dalam tubuh pesakit itu,keluarlah kamu kerana dia tidak halal bagimu jin bertambah kuat merasuk pesakit itu,sehingga tidak sedar.lalu guruku berkali-kali membaca di telinga pesakit ayat al-Quran (al-Mu’minun:115)

…..maka berkata jin dengan suara yang tinggi: maka aku mengambil tongkat dan memukul tengkuk pesakit lenguh tanganku.Orang ramai menyaksikan menyangka pesakit akan mati, ketika dipukul keluarlah ucapan dari mulut pesakit :”Aku mencintai dia”.Aku berkata:”Dia tidak mencintaimu”.Dia berkata:”Aku ingin menunaikan haji bersamanya”. Aku berkata:Dia tidak mahu menunaikan haji bersamamu”.Dia menjawab:”Baiklah, aku akan keluar kerana memuliakanmu” Aku menjawab:”Tidak,tetapi keluar kerana mentaati Allah Dan Rasulnya”.Dia berkata.”Baik, aku akan keluar sekarang. Lalu pesakit itu sedar dan terhoyong hayang dan berkata:”Apakah yang dilakukan syeikh?”orang ramai menjawab,:”Dia telah memukulmu” Tanya pesakit:”Kenapa sheikh pukul aku?Apakah dosaku?Tetapi aku tidak merasakan sebarang pukulanpun.

Guruku mengubatinya dengan ayat kursi dan menyuruh pesakit membaca mu’awwizataini.

E) AIR YANG DIBACAKAN AL-QURAN

·         Berkata Ibn Qayyim:Abdullah bin Ahmad berkata:Aku melihat bapaku menulis pada bekas putih apa yang dikatakan oleh Ibn Abbas R.A untuk memudahkan perempuan yang sarat bersalin:
1.لا اله الا الله الكريم سبحان الله رب العرش العظيم
2.الحمد لله رب العالمين
3.كأنهم يوم يرون ما يو عدون (الأعراف:35)
4.كأنهم يوم يرونها لم يلبثوا الا عشية أؤ ضحاها 
                                     (النازعات:46)
5.لقد كان قصصهم عبرة لأولي الألباب
                                   (يوسوف:111)

KAEDAH-KAEDAH RAWATAN YANG HARAM
  • Meminta pertolongan kepada jin
  • Memohon perlindungan kepada jin
  • Menyembelih kerana jin
  • Merestui permintaan jin
  • Bersumpah di atas nama jin
  • Memenjarakan jin
  • Menyeksa dan membunuh jin


A)BOMOH/DUKUN/PAWANG/     AHLI SIHIR

ž  Dukun guna khidmat jin
ž  Tersebut dalam: al-Sirah al-Nabawiyyah Ibn Hisyam

ž  Qitbah seorang kahinah yang terkenal pada zaman jahiliah yang tinggal di Haybar yg mana sentiasa berhubung rapat dengan jin atau syaitan yang menjadi pembantunya.

ž  Pada suatu hari dia didatangi oleh satu perwakilan orang Quraisy utk mendapat ketentuan yang sebaik-baiknya tentang bagaimana mahu dilakukan terhadap kes Abdullah bin Abd Mutalib (ayah Nabi) yang telah dinazarkan untuk disembelih sbg korban di hadapan para berhala mereka.
ž  
Sebelum itu, undian telah dibuat oleh Abdul Mutalib dimana anaknya yang disayangi mesti dikorbankan.
ž  
Qitbah menangguh keputusan terhadap persoalan itu dgn katanya “sekarang ini kamu semua pulanglah dahulu, supaya tabi’ku(syaitan atau jin yang menjadi pembantu)datang dan aku akan menanyakannya”.
ž  
Keesokan harinya,perwakilan Quraisy menemui sekali lagi.Qitbah menyatakan bahawa dia telah menerima perkhabaran dari tabi’nya.
ž
  Menurut perkhabaran itu, Abdullah boleh ditebus dengan pembayaran diat sbyk 10 ekor unta, dan undian mestilah dibuat diantaranya dengan 10 ekor unta itu sehingga tuhan2 berhala mereka mahu menerima tebusan tersebut.
ž  Akhirnya, Abdullah selamat. Sebagai ganti 100 ekor unta disembelih.
[Sumber:Kitab al-Sirah al-Nabawiyyah oleh Ibn Hisyam]

Musyrikin menuduh nabi kahin
ž  فذكر فما انت بنعمت ربك بكاهن ولا مجنون الطور  : 29
ž  Maka hendaklah Engkau(Muhammad) tetap memberi peringatan kerana engkau disebabkan nikmat daripada Tuhanmu bukanlah seorang kahin dan bukan pula seorang gila(dirasuk syaitan atau jin)
ž  
Utbah Bin Rabi’ah tuduh nabi kerasukan jin.
ž  هَلْ أُنَبِّئُكُمْ عَلَى مَا تَنَزَّلُ الشَّيْطَانُ . تَنَزَّلُ عَلَى كُلِّ أَفَّاكٍ أَثِيمٍ. يُلْقُونَ السَّمْعَ وَأَكْثَرُهُمْ كَاذِبُونَ.
ž  Apakah akan aku beritahu kamu kepada siapa syaitan2 itu turun?Syaitan2 itu turun kepada tiap2 pendusta lagi yang banyak dosa, mereka menghadapkan pendengaran kepada syaitan2 itu. Dan kebanyakan beritanya adalah dusta                                                                         (al-Syu’ara’:221-223)
ž 
Kahin berdusta
ž  عن عائشة رضي الله عنها قالت: قلت يا رسول الله, إن الكهان كانوا يحدثون بالشيء فنجده حقا, قال: تلك الكلمة الحق يخطفها الجني, فيقذفها في أذن وليه ويزيد فيها مائة كذبة.( البخاري, مسلم, أحمد, البيهقي )
ž  Jin tidak mengetahui perkara ghaib
ž  “maka takala kami menetapkan kematian Sulaiman tiada yang menunjukkan kepada mereka kematiannya itu kecuali anai-anai yang memakan tongkatnya. Maka tatkala dia telah tersungkur, tahulah jin itu bahawa kalau sekiranya mereka mengetahui yang ghaib, tentulah mereka tidak akan tetap dalam siksa yang menghinakan (al-Saba’: 14)
ž  
“dan sesungguhnya kami (jin) telah cuba mendapatkan rahsia langit, maka kami mendapatinya penuh dengan penjagaan yang kuat dan panah-panah api.Dan sesungguhnya kami dahulu dapat menduduki beberapa tempat di langit untuk mendengar berita2 nya.tetapi sekarang sesiapa yang mencuba mendengarkan seperti itu tentu akan bertemu panah api yang mengitai intuk membakarnya,dan sesungguhnya kami tidak mengetahui (dengan adanya penjagaan itu) apakah keburukan yang dikehendaki bagi orang yang di bumi ataukah tuhan mereka menghendaki kebaikan untuk mereka.” (al-Jin : 8-10)

Nabi Tidak Tahu Alam Ghaib
ž  Satu utusan datang ketempat Nabi, mereka menyangka Nabi seorang yang dapat mengetahui perkara ghaib. Kemudian mereka menyembunyikan sesuatu di tangan dan bertanya kpd Nabi”tahukah tuan apakah ini?”maka Nabi menjawab dengan tegas:
ž  إني لست بكاهن, وإن الكاهن والكهانة والكهان في النار.
ž  “Katakanlah : Tiada mengetahui sesiapa di langit dan di bumi perkara ghaib melainkan Allah.”  (Surah al-Naml ayat 70)
ž 
Katakanlah :Aku tidak berkata kepada kamu bahawa aku mempunyai perbendaharaan Allah dan aku tidak dapat mengetahui ghaib, dan aku tidak berkata kepadamu bahawa aku adalah malaikat. Tetapi aku hanyalah mengikuti apa yang diwahyukan kepadaku.(al-An’am : 5)

Hukum Bertemu Kahin (Bomoh)
ž  من أتى عرافا فسأله عن شيء فصدقه لم يقبل له صلاة أربعين يوما. ( مسلم)            
ž                                             
ž  من أتى كاهنا فصدقه بما يقول فقد كفر بما أنزل على محمد ًصلى الله عليه وسلم. ( أبو داود )
ž  Bertemu bomoh untuk tujuan menguji:
ž  Ibn Taimiyyah:harus dengan maksud untuk menguji keadaannya dan dalamannya untuk membezakan kebenaran dan pembohongannya.

Cara Tukang Sihir/Bomoh Mendatangkan Jin

1- bersumpah atas nama jin ataupun syaitan
2-Menyembelih binatang
3-Melakukan kemaksiatan pada diri sendiri
  •  Jadikan al-Qur’an alas kaki dan masuk ke tandas
  • Berzina , mencaci agama

4-Menulis ayat-ayat al-Quran guna najis
5-Tulis ayat al-Quran songsang
6-Guna tapak tangan
7-Sesuatu yang telah dipakai
8-Solat tanpa wuduk/kekal dalm junub
9-Tulis ayat al-Qur’an di tapak kaki
10-Bercakap dan sujud pada bintang
11 -Jampi2 unsur kekufuran
[sumber:Kitab al-Sorim al-Battar Fi al-Tasoddi li al-Saharoti al-Asyrar:Sheikh Wahid Abd al-Salam Bali]

Tanda-tanda Mengenali Tukang Sihir/Bomoh
  •  Meminta sesuatu yang pernah dipakai pesakit
  •   Menyuruh pesakit membawa haiwan dengan sifat2 tertentu, disembelih tanpa menyebut nama Allah-melumur darah ke tubuh yang sakit-mencampak sembelihan ke tempat sunyi
  • Memberi azimat tertentu-jampi serapah yang tidak difahami
  • Kain berbentuk 4 segi, dalamnya ada beberapa huruf atau nombor. 
  • Suruh pesakit memencilkan diri di bilik yang tidak masuk matahari
  • Minta pesakit tidak sentuh air
  • Suruh pesakit tanam sesuatu benda
  •  Beri pesakit sesuatu untuk dibakar dan berasap dengannya.
  • Baca sesuatu yang tidak difahami
  • Beritahu pesakit namanya,negeri asalnya,dan persoalan yang akan ditanyakan
  • Tulis huruf pada tembikar putih-suruh pesakit larutkan dalam air dan minum

[sumber:Kitab al-Sorim al-Battar Fi al-Tasoddi li al-Saharoti al-Asyrar:Sheikh Wahid Abd al-Salam Bali]

B)TENUNG NASIB DENGAN AZLAM (UNDI)
ž  Azlam : Qadah
ž  Arab jahiliah guna 3 anak panah
1-aku diperintah tuhan
2-aku dilarang tuhan
                   3-kosong

(C)TAHDIR AL-ARWAH  (SPIRITISM)
ž  ومن وراءهم برزخ إلى يوم يبعثون
ž  Dan dihadapan mereka ada barzakh sampai pada hari mereka dibangkitkan (al-Mu’minun : 100)
ž  قال الرسول صلى الله عليه وسلم: أن أرواح الشهداء في أجواف طير خضر, لها قناديل معلقة بالعرش, تسرح من الجنة حيث شاءت, ثم تأوي إلى تلك القناديل.- (مسلم)
ž  
Ust Dr. Sulaiman Abdullah al-Asyqar:Qarin yang sentiasa bersama manusia mengetahui banyak daripada akhlaknya, kebiasaannya, sifat2nya,ahli keluarganya, dan kawan-kawannya   

AZIMAT / TANGKAL

 Uqbah Bin Amir meriwayatkan ada sepuluh orang berkederaan datang ke tempat Rasulullah. 9 dibai’ah tetapi 1 ditahan. Mereka yang 9 itu bertanya “mengapa dia ditahan?”Rasulullah menjawab”kerana di lengannya ada tangkal”kemudian si lelaki memotong tangkalnya maka dibai’ah dia oleh Rasullah dan Rasulullah  bersabda
ž  من علق فقد أشرك –(أحمد و الحاكم)
ž  عن عمران بن حصين أن رسول الله صلى الله عليه وسلم أَبْصَرَ على عَضُدِ رجل حلقة أراه قال من صَفَرٍٍ. فقال: ويحك ما هذه؟ فقال: من الواهنة. قال: أما إنها لا تزيدك إلا وهنا. اِنْبِذْهَا منك فإنك لو مُتَّ وهي عليك ما أفلحْت أبدا.

Rasulullah s.a.w. pernah melihat pada lengan seorang lelaki ada gelang, yang aku lihat kekuningan. Kemudian nabi bertanya”celaka kamu,apa ini?”dia menjawab”ini adalah wahinah(sesuatu yang dapat melemahkan orang lain)”maka jawab nabi”dia tidak akan menambah apa-apa kepadamu melainkan  kelemahan.kerana itu buanglah kerana kalau kamu mati sedangkan wahinah ada pada kamu,maka kamu tidak akan bahagia selamanya. (ahmad ,Ibn Hibban, Ibn Majah)

ž  Diriwayatkan suatu ketika Abdullah bin Mas’ud masuk ke rumah sedangkan pada leher isterinya terdapat kalung(tangkal),maka ditariknya oleh Ibn Mas’ud dan dipotong-potong kemudian dia berkata:keluarga Abdullah harus jauh daripada menyekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan keterangan tentangnya.kemudian dia berkata:
ž  سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: إن الرقى والتمائم والتولة شرك. قالوا: يا أبا عبد الرحمن, هذه الرقى والتمائم قد عرفناه, فما التولة؟ قال: شيء تصنعه النساء يتحببن إلى أزواجهن.                                  
   ( ابن حبان والحاكم ) 

MIMPI JUMPA NABI     
ž  عن أنس قال: قال النبي صلى الله عليه وسلم: من رآني في المنام فقد رآني, فإن الشيطان لا يتمثل بي.
ž  Daripada Anas r.a berkata:Nabi s.a.w bersabda sesiapa melihatku dalam tidur, maka dia telah melihatku. Maka sesungguhnya syaitan tidak menyerupaiku. (al-Bukhari & Muslim)
ž  
Ibn Sirin:ini tidak menghalang syaitan menyerupai selain nabi tetapi mendakwa nabi.
ž  Tidak harus berhujjah bahawa dalam mimpi itu nabi melainkan sifat-sifatnya seperti mana sifat-sifat nabi yang disebut dalam kitab-kitab hadis.[Sumber:Kitab Alam al-Jin Wa al-Syayatin:ustz Dr. Umar Sulaiman Abdullah al-Asyqar]


DOA-DOA PERLINDUNGAN MUKMIN

ž  Daripada al-Harith al-Asy’ari,Rasulullah S.A.W bersabda.”sesungguhnya Allah memerintahkan Yahya Bin Zakaria dangan lima kalimah…..
ž  وأمركم أن تذكرو ا الله فان مثله كمثل رجل خرج العدو فى اثره سراعا حتى أتى الى حصن حصين فأحرز نفسه منه,كذلك العبد لا يحرز نفسه من الشيطان الا بذكرلله
ž  Dan dia memerintahkan kamu supaya berzikir kepada Allah, maka perbandingan itu seperti seorang lelaki yang segera melepaskan diri daripada musuhnya dalam [ergelutannya sehingga dia sampai ke satu benteng yang teguh, maka dapatlah dia memelihara sdirinya  daripada musuh.demikianlah seorang hamba tidak mampu memelihara dirinya daripada syaitan melainkan dengan zikrullah(al-Tirmizi:hasan sahih)
ž
  Daripada Abdul Rahman bin Samurah”Rasulullah S.A.W pernah keluar mendapatkan kami(para sahabat).sedangkan kami berada di Suffah(di masjid) madinah.maka beliau berdiri menghadap kami dan berkata “sesungguhnya malam tadi saya telah melihat sesuatu yang aneh.
ž  ورأيت رجل أمتى قد احتو شته الشيطان فجاء ذكر الله فطير الشياطين عنه
ž  Dan aku telah melihat  seorang lelaki daripada umatku yagn telah dikepung oleh syaitan.maka telah datang zikrullah mengusir syaitan daripadanya.
ž  
1-AL-FATIHAH
ž  Kharijah bin al – Shalt al – Tamimi memberitakan suatu sumber daripada bapa saudaranya Allaqah bin Sahar yang berkata :

ž  “Saya telah menemui Nabi S.A.W maka saya memeluk islam. Kemudian saya pulang tiba – tiba saya melalui satu kaum dimana dalam kalangan mereka terdapat seorang lelaki gila yang diikat dengan besi ( rantai ) maka keluarganya berkata : “Sesungguhnya telah diceritakan kepada kami bahawa sahabat engkau iaitu Rasulullah S.A.W ini telah membawa kebaikan. Maka adakah terdapat padamu sesuatu yang boleh dijadikan ubat?” Maka aku pun menjampinya dengan al – Fatihah , lalu dia sembuh sehingga memberikanku seratus ekor kambing. Kemudian aku datang menemui Rasulullah dan menceritakan kepada Baginda. Lalu Rasulullah bersabda : Apakah kamu membaca selainnya? Aku menjawab : “Tidak”. Rasulullah S.A.W bersabda :
ž  
“Ambillah pemberian tersebut ,demi Allah sesungguhnya umurku di dalam genggaman Tuhan, ada orang yang memakan upah daripada jampi yang batil ( yang tidak dibenarkan ), sesungguhnya engkau telah memakannya ( pendapatan yang benar ) dengan jampi yang benar.” (Riwayat al – Nasa’i , Abu Daud dan Ibnu al – Sunni )
ž 
2-AYAT KURSI
ž  Kisah syaitan mencuri harta zakat disimpan Abu Hurairah.
ž 
3-AL-MU’AWWIZAT
ž  "أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِه كُلَّ لَيْلَةٍ جَمَعَ كَفَّيْه ثُمَّ نَفَثَ فِيْهِمَا ، وَقَرَأَ فِيْهِمَا :  قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ  وَ  قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ  وَ  قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ   ثُمَّ مَسَحَ ِبهِمَا مَا اسْتَطَاعَ مِنْ جَسَدِه ، يَبْدَأُ ِبهِمَا عَلَى رَأْسِه وَوَجْهِه وَمَا أَقْبَلَ مِنْ جَسَدِه ، يَفعَلُ ذلِكَ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ ."
ž  " Sesungguhnya Nabi S.A.W apabila berbaring ke tempat tidurnya setiap malam akan menghimpunkan kedua telapak tanganNya kemudian menghebus pada keduanya dengan membaca pada kedua telapak tanganNya surah Al-Ikhlaas , surah Al-falaq dan surah An-Naas . Kemudian menyapu kedua tanganNya apa yang termampu daripada badanNya , dengan memulakan di atas kepalaNya , mukaNya dan apa yang berdekatan daripada anggota tubuhNya , Baginda melakukan sedemikian itu sebanyak 3 kali ."  [ Riwayat Al-Bukhari dan Muslim ]

4-AYAT-AYAT PERLINDUNGAN
ž  Dalam kitab “al – Wabil al – Shayyib”, al – Allamah Ibnu Qayyim al – Jauziyyah menyebutkan berita yang disebut oleh Abu Musa al – Madiini dalam kitabnya : ( al-Targhib fi al-Khisol al-Munjiyyah wa al-Tarhib min al-Khalal al-Maraddiyyah ) bahawasannya al – Hasan bin Ali telah berkata : “ saya menjadi penjamin bagi sesiapa yang membaca 20 ayat ini ( ayat al – Kursiyy , ayat 54 – 56 surah al – A’raf , 10 ayat permulaan surah al – Shaffat , ayat 33 – 35 surah ar – Rahman , ayat 22 – 24 surah al – hasyr ) pada setiap malam dia akan dipelihara Allah daripada setiap syaitan yang selalu datang mengintip rahsia , daripada setiap binatang buas yang mengganas dan daripada setiap pencuri.”
ž  
Menurut al – Suyuti , Ibn Abi Hatim telah mengeluarkan berita daripada Saad bin Ishaq bin Ka’ab katanya : Ketika diturunkan ayat 54 surah al – A’raf , dia telah bertembung dengan satu kafilah           ( kumpulan ) yang besar yang tidak difikirkan melainkan mereka itu daripada orang – orang Arab. Sa’ad bersama teman – temannya bertanya : Siapakah kamu? Mereka menjawab : “Kami daripada kalangan jin , kami keluar daripada Madinah , kerana turun ayat inilah kami keluar.
ž  
Daripada Abdullah bin Mas’ud: “Sesungguhnya beliau telah membacakan ayat – ayat ini pada telinga seorang yang hilang ingatan ( pengsan ) lalu dia sedar. Maka rasulullah bertanya :  Apakah yang engkau baca di telinganya?”. Beliau menjawab : Saya membacakan                                                                ( Apakah kamu mengira bahawa kami menciptakan kalian dengan sia-sia…) sehingga ke akhir surah [ ayat 115-118 al-Mukminun ]. Maka Rasulullah bersabda : “Seandainya seorang lelaki yang betul-betul meyakini membacakan ayat ini ke atas sebuah bukit nescaya runtuhlah bukit itu”. [ Ibnu al – Sunni dan Abu Nu’aim ].
ž  , al-Baihaqi, al-Mustaghfiri ]  

5-100 KALI SEHARI

ž  ( لاَ إِﻟٰـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَه لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٍ .)
ž  
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda : sesiapa yang membaca ( tiada tuhan melainkan Allah, tiada sekutu baginya, baginya kekuasaan dan pujian dan dia berkuasa atas setiap sesuatu) pada setiap hari seratus kali maka baginya ganjaran memerdekakan sepuluh orang hamba dan ditulis baginya seratus kebajikan dan dihapuskan baginya sersatus kejahatan dan dapat menghindarkan dirinya daripada gangguan syaitan pada hari tersebut sehingga keesokan harinya dan tiada seorang yang lebih utama darinya melainkan orang yang banyak membaca doa tersebut.
ž
  Sesiapa membaca permulaan surah Haamiim al – Mukmin sehingga ilaihi al – Mashir dan ayat al – kursiyy di kala pagi hari , dia akan dipelihara oleh Allah sehingga ke petang , dan sesiapa yang membaca keduanya pada waktu petang dia akan dipelihara oleh Allah sehingga ke pagi. [ Riwayat al-Darimi ].
ž  
Daripada Abu Umamah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang memohon perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang tercela sebanyak tiga kali, kemudian membaca penghujung surah al-Hasyr, Allah mengutuskan kepadanya tujuh puluh ribu malaikat mengusir daripadanya syaitan manusia dan jin, sekiranya pada waktu malam sehingga pagi, dan sekiranya pada waktu  siang hingga ke petang.[ Riwayat Ibn Mardawaih ].
6-
( بِسْمِ اللهِ الَّذِي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي اْلأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ )

“Seseorang hamba yang membaca pada pagi hari tiap-tiap menjelang siang dan petang hari, tiap-tiap menjelang malam (dengan nama Allah tidak memudaratkan sesuatu yang ada di bumi dan tidak pula yang ada di langit jika berserta namanya dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui) sebanyak tiga kali nescaya tidak akan ada sesuatu yang memudaratkannya dan daripada riwayat Abu Daud…dia tidak ditimpa bencana secara tiba-tiba. [riwayat al-Tirmidzi dan Abu Daud]

7-
ž  ( حَسْبِيَ اللهُ لاَ إِﻟٰـهَ إِلاَّ هُوَ, عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ.)

Daripada Abi al-Darda’ r.a daripada Nabi s.a.w bersabda: Sesiapa membaca pada setiap hari ketika waktu pagi dan petang  “Cukuplah bagiku allah,tiada tuhan selin dia,kepadanyalah aku berserah,dan dia Tuhan yang memiliki ‘arasy yang agung.”  tujuh kali, Allah Taala menyelamatkannya mara bahaya daripada urusan dunia dan akhirat. [ riwayat Abu Daud, Ibnu al-Sunni]


8-DOA MENGHILANGKAN STRESS

ž  ( اَللَّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ اِبْنُ عَبْدِكَ اِبْنُ أُمَّتِكَ, نَاصِيَتِي بِيَدِكَ,مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ, عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ, أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ, سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ, أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ, أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ, أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَك, أَنْ تَجْعَلَ الْقُرآنَ الْعَظِيمَ رَبِيعَ قَلْبِي, وَنُورَ صَدْرِي, وَجَلاَءَ حُزْنِي, وَذِهَابِ هَمِّي )

Daripada Ibn Mas’ud daripada Nabi s.a.w bersabda: Tidaklah seseorang hamba yang ditimpa kesusahan dan kesedihan maka dia berdoa: ( Ya Allah! Sesungguhnya aku hamba-Mu, anak hamba-Mu, anak daripada umat-Mu, ubun-ubun kepala ku di dalam genggaman tangan-Mu, sejak dahulu hukum-Mu padaku, adilnya ketentuan-Mu padaku. Aku bermohon dengan seluruh nama kepunyaan-Mu, yang Engkau menamakan diri-Mu dengannya yang Engkau turunkannya di dalam kitab-Mu, yang Engkau mengajarkannya kepada salah seorang daripada makhluk-Mu, atau yang Engkau sembunyikan dengannya pada ilmu ghaib di sisi-Mu, agar Engkau menjadikan al-Quran yang agung penghias hatiku, cahaya dadaku, penggilap kedukaanku dan penghapus kesusahanku ) melainkan Allah akan melenyapkan kedukaan dan kesusahannya serta menggantikan tempatnya dengan kegembiraan. [ Riwayat Ahmad ].
9-AZAN MENGHALAU SYAITAN

Daripada Jabir r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda:
ž  إِذَا تَغَوَّلَتْ لَكُمُ الْغِيلاَنُ فَنَادُوا بِاْلأَذَانِ.
“Apabila al-Ghilan ( sejenis jin atau syaitan atau sihir mereka ) menjelma ( dengan bentuk-bentuk tertentu ) kepada kalian maka laungkanlah azan.” [ Riwayat Ibn al-Sunni ]

10-DOA KEPADA ISTERI YANG BARU DINIKAHI/KETIKA MENGAMBIL PEMBANTU RUMAH/MEMBELI BINATANG DAN KENDERAAN BARU

ž  ( اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ, وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ.)

Daripada Abdullah bin Amru bin al-’Ash r.ahuma, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila salah seorang daripada kalian berkahwin dengan seorang perempuan atau membeli seorang khadam, maka hendaklah dia mengucapkan: ( Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikannya, dan kebaikan sesuatu yang menjadi tabiatnya. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatannya dan kejahatan yang menjadi tabiatnya. ) Dan apabila dia membeli unta, maka hendaklah dia memegang bahagian atas dari punggungnya dan hendaklah membaca seperti yang tersebut tadi.- Menurut riwayat yang lain- Kemudian hendaklah dia membelai ubun-ubun mereka dan berdoa memohon berkat untuk isteri dan khadam itu.(riwayat Abu Daud,Ibn Majah, Ibn al-Sunni dengan isnad soheh)

11-DOA KETIKA MENGHADAPI FITNAH

ž  عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ جُبَيْر قَالَ: إِنَّ دَاوُدَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ كَانَ يَقُولُ بَعْدَ فِتْنَتِهِ:( اَللَّهُمَّ مَا كَتَبْتَ فِي هَذَا الْيَوْمِ مِنْ مُصِيبَةٍ فَخَلِّصْنِي مِنْهَا )-ثَلاَثَ مَرَّاتٍ- ( وَمَا أَنْزَلْتَ فِي هَذَا الْيَوْمِ مِنْ خَيْرٍ, فَآتِنِي مِنْهُ نَصِيبًا ) وَإِذَا أَمْسَى قَالَ مِثْلَ ذَلِكَ فَلَمْ يَرَ بَعْدَ ذَلِكَ مَكْرُوهًا.

Daripada Abdurrahman binJubair ia berkata:sesungguhnya daud a.s berdoaa setelah beliau difitnah (ya Allah! Apa-apa musibah yang Engkau catatkan pada hari ini,maka leraikan aku daripadanya)-tiga kali-(dan apa-apa yang engkau turunkan daripada kebaikan pada hari ini, maka kuniakanlah kepadaku kebaikannya), dan apabila masuk waktu petang, dia berdoa sedemikian.maka dia tidak melihat setelah itu sesuatu musibah yang tidak diingininya [Ahmad,al-Bukhari dan Muslim]

12-DOA PERLINDUNGAN ANAK-ANAK

ž  قَالَ عَبْدُ اللهِ بْنُ عَبَّاسٌ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَوِّذُ الْحَسَنَ وَالْحُسَيْنَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا: ( أُعِيذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لاَّمَّةٍ ) وَيَقُولُ: إِنَّ أَبَاكُمَا كَانَ يُعَوِّذُ بِهِمَا إِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ.

Abdullah bin Abbas r.ahuma berkata: Rasulullah s.a.w  memperlindungkan al-Hasan dan al-Husain r.ahuma: “Aku memperlindungkan kamu berdua  dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan dan kecelakaan . Dan daripada setiap pandangan mata yang tercela.” Dan Baginda bersabda: Sesungguhnya bapa kamu berdua ( Ibrahim a.s ) memperlindungkan doa ini kepada Ismail dan Ishaq.     Riwayat Al-Bukhari  dan al-Tirmizi ].
                                                                
13-KURMA MENGELAKKAN SIHIR

ž  مِنْ حَدِيثِ عَامِر بْنَ سَعْدٍ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ, عَنْ أَبِيهِ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :"مَنْ تُصْبِحُ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ مِنْ تَمَرِ الْعَالِيَةِ, لَمْ يَضُرَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ سَمٌّ وَلاَ سِحْرٌ.- وَفِي لَفْظٍ – مَنْ أَكَلَ سَبْعَ تَمَرَاتٍ مِمَّا بَيْنَ لاَبَتَيْهَا حِينَ يُصْبِحُ لَمْ يَضُرَّهُ سَمٌّ حَتَّى يُمْسِي.

Daripada hadis ‘Amir bin Sa’ad bin Abi Waqqas daripada bapanya berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang bersarapan pagi dengan tujuh tamar daripada tamar yang baik, dia tidak akan dimudaratkan oleh racun dan sihir pada hari tersebut.- Dan pada lafaz yang lain- Sesiapa yang memakan tujuh tamar daripada pokok yang dikelilingi oleh batu-batu hitam kesan terbakar( yang sudah lama ditinggalkan), ketika waktu pagi, dia tidak akan dimudaratkan oleh apa-apa racun sehingga ke petang.
[ Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ahmad dan al-Tabrani ]   

14-DOA MENDIAMI SESUATU   TEMPAT/MASUK HUTAN/   BERKHEMAH
ž  عَنْ خَوْلَة بِنْتِ حَكِيم قَالَتْ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : مَنْ نَزَلَ مَنْزِلاً ثُمَّ قَالَ: (أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ ) لَمْ يَضُرَّهُ شَيْءٌ حَتَّى يَرْتَحِلَ مِنْ مَنْزِلِهِ ذَلِكَ.   
Sesiapa yang singgah di sesuatu tempat persinggahan kemudian membaca:“Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kejahatan setiap makhluk.” dia tidak akan ditimpa sesuatu bahaya pun sehingga dia meninggalkan tempat persinggahan itu.                                                                            [Muslim]

15  DOA PENDINDING KESELAMATAN DIRI, KELUARGA DAN HARTA BENDA

ž عَنْ زَيدٍ بْنِ ثَابِتٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ: أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَّمَهُ دُعَاءً, وَأَمَرَهُ أَنْ يَتَعَاهَدَ بِهِ أَهْلَهُ كُلَّ يَوْمٍ, قَالَ: قُلْ حِينَ تُصْبِحُ :لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ, لَبَّيْكَ وَسَعْدَيْكَ, وَالْخَيْرُ فِي يَدَيْكَ, وَمِنْكَ وَبِكَ وَإِلَيْكَ. اَللَّهُمَّ مَا قُلْتُ مِنْ قَوْلٍ, أََْو نَذَرْتُ مِنْ نَذْرٍ, أَوْ حَلَفْتُ مِنْ حَلْفٍ, فَمَشِيئَتُكَ بَيْنَ يَدَيْ ذَلِكَ كُلِّهِ, مَا شِئْتَ كَانَ, وَمَا لَمْ تَشَأْ لَمْ يَكُنْ, وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِكَ, إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٍ. اَللَّهُمَّ مَا صَلَّيْتُ مِنْ صَلاَةٍ فَعَلَى مَنْ صَلَّيْتَ, وَمَا لَعَنْتُ مِنْ لَعْنَةٍ فَعَلَى مَنْ لَعَنْتَ, إِنَّكَ أَنْتَ وَلِيِّي فِي الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ. تَوَفَّنِي مُسْلِمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ.أَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ الرِّضَا بِالْقَضَاءِ وَبَرْدَ الْعِيشِ بَعْدَ الْمَوتِ, وَلِذَّةَ النَّظَرِ إِلَى وَجْهِكَ,

ž  َوشَوْقًا إِلَى لِقَاءِكَ فِي غَيْرِ ضَرَّاءَ مُضِرَّةٍ, وَلاَ فِتْنَةٍ مُضِلَّةٍ, أَعُوذُ بِكَ اللَّهُمَّ أَنْ أَظْلِمَ أَوْ أُظْلَمَ, أَوْ أَعْتَدِي أَوْ يُعْتَدَى عَلَيَّ, أَوْ أَكْتَسِبَ خَطِيئَةً مُخْطِئَةً, أَوْ ذَنْبًا لاَ يُغْفَرُ . اَللَّهُمَّ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضِ, عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ ذَا الْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ, فَإِنِّي أَعْهَدُ إِلَيْكَ فِي هَذِهِ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَأُشْهِدُكَ وَكَفَى بِكَ شَهِيدًا. إِنِّي أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ وَحْدَكَ لاَ شَرِيكَ لَكَ, لَكَ الْمُلْكُ وَلَكَ الْحَمْدُ, وَأَنْتَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٍ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُكَ وَرَسُولٌكَ, ,وَأَشْهَدُ أَنَّ وَعْدَكَ حَقٌّ وَلِقَاءَكَ حَقٌّ وَالْجَنَّةَ حَقٌّ, وَالسَّاعَةَ آتِيَةٌ لاَ رَيْبَ فِيهَا, وَأَنَّكَ تُبْعَثُ مَنْ  فِي الْقُبُورِ, وَأَشْهَدُ أَنَّكَ إِنْ تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي تَكِلْنِي إِلَى ضَيْعَةٍ وَعَوْرَةٍ وَذَنْبٍ وَخَطِيئَةٍ, وَإِنِّي لاَ أَثِقُ إِلاَّ بِرَحْمَتِكَ فَاغْفِرْ لِي ذَنْبِي كُلَّهِ, إِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنوُبَ إِلاَّ أَنْتَ, وَتُبْ عَلَيَّ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ.

ž  Daripada Zaid bin Thabit r.a, . Sesungguhnya Rasulullah s.a.w mengajarkannya satu doa dan menyuruhnya memohon pemeliharan dengannya ke atas ahli keluarganya setiap hari, Baginda s.a.w bersabda: “Ucapkanlah ketika waktu pagi ( Aku sentiasa patuh kepada Engkau ya Allah! Aku sentiasa patuh dan sentiasa berada di bawah kebahagiaan-Mu, kebaikan di dalam tangan-Mu, daripada-Mu, dengan-Mu dan kepada-Mu. Ya Allah, apa yang aku ucapkan daripada perkataan, bernazar dengan satu nazar, bersumpah dengan satu sumpah, maka semuanya terletak kepada kehendak-Mu. Apa yang Engkau kehendaki maka ia berlaku, apa yang Engkau tidak kehendaki maka ia tidak berlaku, dan tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin-Mu,sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa ke atas sesuatu. Ya Allah! Apa yang aku berdoa memohon rahmat dengan satu doa, maka ke atas sesiapa yang Engkau doakan, apa yang aku mohon laknat dengan satu laknat, maka ke atas sesiapa yang Engkau laknati, sesungguhnya Engkau pemimpinku di dunia dan akhirat. Wafatkanlah daku sebagai seorang Islam dan jadikanlah aku mengikuti jejak langkah orang-orang soleh. Ya Allah! Aku memohon kepada-Mu agar aku menjadi orang yang redha dengan ketentuan-Mu, kesejukan hidup setelah mati, dan keenakan memandang pada wajah-Mu, kerinduan untuk bertemu-Mu tanpa kesusahan dan sesuatu yang menyusahkan, tanpa fitnah yang menyesatkan. Aku berlindung kepada-Mu ya Allah, daripada aku menzalimi dan dizalimi, daripada aku menganiayai dan daripada dianiayai ke atasku, atau aku terjerumus kepada kesalahan lagi berdosa, atau dosa yang tidak diampuni.

  Ya Allah, Tuhan yang membuka pintu-pintu langit dan bumi, yang Maha Mengetahui alam ghaib dan alam nyata yang Maha Memiliki Ketinggian dan Kemuliaan, sesungguhnya aku menyerahkan kepada-Mu di dalam urusan kehidupan dunia ini, dan aku menjadikan-Mu sebagai saksi, cukuplah dengan-Mu yang menjadi saksi. Sesungguhnya aku bersaksi tiada tuhan melainkan Engkau satu-satunya tiada sekutu bagi-Mu, bagi-Mu kekuasaan dan pujian, dan Engkau Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Dan aku bersaksi sesungguhnya Muhammad s.a.w hamba-Mu dan pesuruh-Mu, dan aku bersaksi sesungguhnya janji-Mu adalah benar, pertemuan dengan-Mu adalah benar, syurga-Mu adalah benar, dan kiamat datang tanpa ada keraguan padanya. Engkau membangkitkan sesiapa yang di dalam kubur, aku bersaksi sesungguhnya sekiranya Engkau serahkan daku kepada diriku sendiri, Engkau telah menyerahkanku kepada kebinasaan, keaiban, dosa dan kesalahan. Sesungguhnya aku tidak berpegang melainkan dengan rahmat-Mu, maka ampunilah dosa-dosaku keseluruhannya, sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan-Mu, dan terimalah taubatku sesungguhnya Engkau Maha Menerima Taubat lagi Maha Penyayang.”  
 [ Riwayat Ahmad, Abu Ya’laa, al-Tabrani, al-Hakim

TIADA PERGANTUNGAN SELAIN ALLAH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...