Sunday 30 October 2011

::~ Doa Senjata Orang Mukmin::~

Doa umpama cahaya terindah
Memujuk jiwa yang sudah gundah
          Doa senjata setiap mukmin
          Bermula “Bismillah’ disudahi “amin”
Dengan doa teguhlah harapan
Hati mekar bersama impian                            
          Muslim sejati selalu berdoa
          Kala gembira mahupun berduka
Doa disebut setiap ketika
Menghalang bisikan syaitan celaka
          Kala berdoa beradab sopan
          Berakhlak santun menghadap Tuhan
Dalam doa ada harapan
Dalam harapan pahala berganda
          Allah tidak Nampak di mata
          Tetapi bergetar di dalam jiwa
Bergantung hidup pada manusia
Esok lusa dia kan lupa
          Bergantung harap pada Ilahi
          Hidup Passti lebih diberkati

Ketika insan lain hampir tidak percaya dengan dirimu, Memandang serong terhadapmu,
 Meletakkan dirimu bagai tidak berharga,Seolah-olah dunia ini gelap gelita,
Tiada tempat untuk meluah,Pintu dunia seakan terkunci untuk diceritakan segala resah
Dan kekecewaan yang bersarang di jiwa…
….maka saat itu, tadahlah tanganmu yang basah Bersama kemurniaan wudhuk dan air mata keinsafan, Allah pasti hadir dekat dengan jiwamu untuk mendengar segala isi hati yang luka…
…kerana Dia Maha Mendengar…
Betapa kasihnya Khaliq kepada manusia, Yang kadangkala hanya merayu dan meminta ,Disaat susah dan gelora

Selepas solat panjatkan doa
Zikir dan Tasbih peneman utama
          Dengan mengingati Yang Maha Pemurah
          Hati bersih tiada gelisah
Tika Berjaya usahlah leka
Bimbang ditarik nikmat yang ada
          Betapa besar rezki digapai
          Selalu bersyukur tak pernah lalai

Percayalah…Allah menguji dengan kesusahan untuk mendengar luahan makhluknya
Yang mungkon telah lama bisu dan tidak berbicara kepadaNya

Hari ini menangis dalam doa
Esok lusa jangan pula menjadi kufur atas segala kesenangan yang diperolehi
          Sebagai insan dikurnia akal
          Selepas berdoa jalinkan Tawakal
Dengan Tawakal kita berserah
Jika gagal bukanlah musibah
Gagal hanya satu pengajaran
Baiki diri di masa hadapan
Allah suka orang berusaha
Kerja keras ibadah mulia
Gigih dan tekun ciri terpuji
Berteman doa kepada Ilahi
Jika hati berpaksi Allah
Ujian melanda bukan Masalah
Selagi ada nyawa di badan
Ayuh bangunkan segala wawasan
Tiada bumi tak ditimpa hujan
Apa terjadi satu peringatan
                                                               (Ahmad Fedtri Yahya, Gen-Q)

Ya Allah hanya kepada Engkau aku memohon pertolongan..
Firman Allah dalam surah al-baqarah ayat 186 yang bermaksud : “Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadaku mengenai aku(katakan) sesungguhnya aku dekat.Aku menyahut doa orang yang berdoa,tatkala dia berdoa kepadaku, justeru sahutlah seruanKu”
Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Ahmad,Ibnu Majah dan lain-lain, bahawa Nabi bersabda yang bermaksud : “Qada’ itu tidak dapat ditolak melainkan dengan doa”. Selain itu, Nabi juga menerangkan “Doa itu bermanfaat terhadap kejadian yang sudah berlaku dan belum berlaku, oleh itu wahai hamba Allah,hendaklah kamu berdoa”


Firman Allah lagi dalam surah al-a’raf ayat 55-56 yang bermaksud “ berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan.Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan kepadanya dan berdoalah kepadanya dengan bersa bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga perasaan terlalu mengharapkan(supaya makbul).Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang memperbaiki amalannya”

Mesti di ELAK..!!! berdoa hanya ketika berada dalam kesusahan..moga kita bukan daripada golongan ini..

Surah al-rum ayat 33 yang bermaksud : “Apabila manusia ditimpa kemelaratan, manusia berdoa kepada Tuhannya dalam keadaan bersungguh-sungguh kembali kepadaNya, kemudian apabila diberi ruang mengecapi rahmat daripadaNya, tiba-tiba satu golongan daripada kalangan mereka mempersekutukan Allah”.

Firman Allah dalam surah az-zumar ayat 8 yang bermaksud : “ Apabila manusia ditimpa kesempitan, dia berdoa kepada Tuhannya dalam keadaan bersungguh-sungguh untuk kembali kepadaNya, kemudian apabila dia dianugerahi nikmat daripadaNya dia lupa doa yang dipohon kepada Tuhannya sebelum itu, dan dia menjadikan untuk Allah gandingan-gandingan untuk menyesatkan (manusia) dari jalanNya”..



~Doaku~ by Hadad Alwi ft Padi





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...