Tuesday 25 October 2011

KasiH saYanG AllaH



Assalamualaikum…
Di kesempatan ini, ingin saya kongsikan mengenai Kasih Sayang Allah yang saya ambil dari buku Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan….moga ada manfaatnya bagi kita semua..InsyaAllah..

Kasih sayang Allah adalah suatu yang tidak boleh dijual beli. Tiada yang lain yang diharapkan selain dari kasih sayang Allah

Apakah yang terpenting dalam hidup kita untuk berubah kearah kebaikan untuk mencapai kejayaan yang diidamkan?? Apakah yang terpenting di dalam hidup untuk memastikan azam kita mampu direalisasikan?Apakah sesuatu yang dikatakan 100% penting tersebut?

Allah maha hebat, sehinggakan dalam matematik pun, DIA mampu menjelaskan bahawa kasih sayang Allah adalah yang terpenting. Lihat bagaimana pengiraan huruf dan nombor menjelaskan hal ini..Dan apa pula yang sangat-sangat penting sehingga mampu melangkaui 100% tersebut menjadi 101%....jika kita mewakilkan huruf dan nombor, maka kita akan perolehi begini :

                     A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
                                                               diwakili oleh :

                1 2 3 4 5 6 7 8 910 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26
                                                                   Maka:

                                                     H-A-R-D-W-O-R-K
                                                 8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

                                                     K-N-O-W-L-E-D-G-E
                                              11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%

                                                                    DAN

                                                          A-T-T-I-T-U-D-E
                                                 1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Untuk berubah, kita perlu menukar attitude kita, kita xleh berfikiran sempit..sentiasa fikir positif..Namun mengubah ATTITUDE semata-mata kita tidak mampu untuk mencapai apa jua kejayaan..kita masih mempunyai fikiran negatif kerana kita xpernah membuangkannya.

Apa yang kita lakukan, hanya menambahkan kekuatan fikiran positif tanpa membuang fikiran negatif??ia tetap bahaya. Kalau sesuatu kekecewaan terjadi kepada kita dan ia memangkinkan fikiran negatif tadi, sehingga fikiran negatif menjadi dominan, maka kita akan bertindak melampaui batas-batas kemanusiaan..Inilah yang dibimbangkan dan fikiran negatif ini perlu dibuang sambil menambah fikiran positif

Caranya..kita perlukan sesuatu yang lebih dari 100%..Kita perlukan 101%!!! Cuba lihat di bawah
                                                                L-O-V-E-O-F-G-O-D
                                                    12+15+22+5+15+6+7+15+4 = 101%

Ya kita perlukan kasih sayang Allah untuk mencapai kejayaan yang kita inginkan..kita perlukan izin Allah..Lakukanlah berhempas pulas seperti pepatah melayu “ sampai separuh mati” pun pasti tidak akan Berjaya jika tidak mendapat keizinan Allah.

Makanan yang lazat mampu dibeli walau semahal mana pun. Namun jika Allah tidak izinkan rasa makanan itu lazat setelah masuk ke tekak kita, pasti makanan lazat itu tidak berguna lagi kepada kita walaupun lazat di tekak orang lain..

Mari sahabat-sahabat, kita berkomunikasi dengan Allah dan sentiasa memohon agar bukan sahaja kita mendapat kasih sayang Allah tetapi Allah titipkan rasa kasih sayang dan cinta dalam hati kita kepadaNya. Kita perlu kasih, sayang dan cinta kepada Allah untuk mendapatkan kasih sayang Allah

P/s Huruf dan nombor ini hanya 1 analogi..jika saudara dapat mencari sesuatu yang lebih 101%, ia tidak bermakna ia lebih penting daripada kasih sayang Allah…

JOM SAMA2 KITA SENTIASA BERKOMUNIKASI DENGAN ALLAH …
ONLINE dengan TUHAN, OFLINE dengan SYAITAN..

Komunikasi itu cinta
Komunikasi adalah segala-galanya di dalam cinta
Tanpa komunikasi cinta tidak akan dapat termeterai
Tanpa komunikasi, rindu tidak akan dapat diubati
Tanpa komunikasi kasih sayang tidak dapat diberi dan dirasa
Tanpa komunikasi jiwa sentiasa resah dan gelisah
Tanpa komunikasi jiwa menjadi sepi
Tanpa komunikasi tidak akan wujud rasa cinta
Tanpa komunikasi tidak aka nada perkongsian suka dan duka
Tanpa komunikasi cinta bertepuk sebelah tangan.

Dengan komunikasi datangnya cinta
Dengan cinta datangnya keasyikan
Dengan keasyikan datangnya keikhlasan
Dengan keikhlasan datangnya kenyakinan
Dengan kenyakinan datangnya kekuatan
Dengan kekuatan datangnya semangat

Komunikasilah dengan Allah apa yang difikirkan
Komunikasilah dengan Allah apa yang dilihat
Komunikasilah dengan Allah apa yang didengar
Komunikasilah dengan Allah apa yang dilakukan

Komunikasi itu cinta
Cintakan Allah adalah cinta yang paling agung
Ya allah, aku ingin sentiasa berkomunikasi dengan diriMu
Aku ingin ceritakan segala-galanya dengan diriMu
Agar wujud rasa cinta kepadaMu dalam jiwaku…amin



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...