Monday 24 October 2011

Umatku..Umatku..Umatku..Solat..Solat..Solat

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwhuduklah kamu sebelum kamu diwhudukkan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
dengan kain kafan yang serba putih...

Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
walaupun orang yang hadir itu merintih
selepas itu kamu akan di letak di atas lantai
lalu dilaksanakanlah solat jenazah
dengan 4 kali Takbir dan satu Salam
beserta Fatihah, Selawat dan Doa
sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah..

Tapi apakah empat kali Takbir itu dapat menebus
segala Dosa meninggalkan Solat sepanjang hidup?
Apakah solat jenazah yang tanpa Rukuk dan Sujud
dapat membayar hutang Rukuk dan Sujudmu yang telah luput??

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikina
justeru ku menyeru sekalian muslimin dan muslimat
usunglah dirimu ke tikar Solat
sebelum kamu di usung ke Liang Lahad
menjadi makanan cacing dan mamahan ulat

Iringilah dirimu ke Masjid, sebelum kamu di iringi ke Pusara
tangisilah dosa-dosamu di dunia
kerana tangisan tidak berguna di alam Baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
dengan panggilan 'IZRAIL' yang menakutkan

BerImanlah kamu sebelum kamu diTalkinkan
kerana ianya hanya berguna untuk yang tinggal bukan yang pergi
BerIstighfarlah kamu sebelum kamu diIstighfarkan
namun ketika itu Istighfar tidak menyelamatkan..

Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak beerti
lalu menjadi segumpal darah
lalu menjadi seketul daging
lalu daging itu membaluti tulang
lalu jasilah kami INSAN yang mempunyai ERTI

Ingatlah asal-usulmu yang tidak bernilai itu
yang kalau jatuh ke tanah ayam tak patuk itik tak susu
tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu yang lebih agung dari Malaikat

Lahirmu bukan untuk di dunia
tetapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
sambutlah seruan "Hayya Alas Solaah"
dengan penuh rela dan bersedia
sambutlah seruan "Hayya Alal Falaah"
jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah dimana saja kamu berada
kamu tetap memijak di bumi Tuhan
dan dibumbungi dengan langit Tuhan
serta menikmati rezki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruanNya
sebelum dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya

Ingatlah yang kekal ialah Amal
menjadi bekal sepanjang jalan
menjadi teman di perjalanan
guna kembali ke pangkuan Tuhan
pada hari itu tiada berguna Harta, Takhta,Wanita,Putera-Puteri,Isteri,kad kredit,
kereta,kondominium, saham dan niaga..
kalau DAHI tak mencecah SEJADAH di dunia....

(via Zulkifli Ali)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...